Dalam program ini, para peserta akan dibawa menjelajahi dunia Bahasa Arab al-Quran dengan cara santai, padat dan praktikal tanpa mengabaikan asas yang diperlukan untuk menguasai Bahasa Agung ini.
Terus-terang cakap, kalau belajar Bahasa Arab secara terperinci akan memakan masa 6-7 tahun untuk benar-benar mahir.
Namun program ini telah disusun rapi dan dipilih kontennya dengan teliti. Supaya, ia bersesuaian untuk orang awam yang tiada asas Bahasa Arab dan tertumpu pada memahami ayat-ayat al-Quran dan penguasaan asas yang penting (tidak boleh tidak).
MAKLUMAT PROGRAM
Pengajian akan melalui keseluruhan Juzuk 'Amma.
MATLAMAT SIRI ITQAAN
Siri ITQAAN bertujuan memerkasa penuntut dalam bidang berikut:
PENGUASAAN BAHASA
Penguasaan perbendaharaan kata, istilah POPULAR ( kerap diulang) dalam al-Quran.
Kemahiran bahasa yang 4 (Pendengaran, Bacaan, Penulisan, Pertuturan) berdasarkan perkataan popular Al-Quran
Kaedah Bahasa Arab iaitu Nahwu, Sorf dan Imla' (ejaan)
PENGUASAAN MAKNA
Kefahaman makna ayat al-Quran melalui ilmu tafsir
Kefahaman peristiwa dan asbab nuzul ayat mahupun surah
Rahsia Keindahan Bahasa Arab, iaitu Sirr Balaghi
PAKEJ ITQAAN
PERHATIAN!
Hanya klik dan daftar program ini sekiranya anda azam untuk menamatkan program sahaja.