EBOOK INI TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIKONGSI , DIJUAL SEMULA, ATAU DIEDAR TANPA KEBENARAN PENERBIT.
48 JAM PENGHANTARAN FILE
PDF SAHAJA
PASTIKAN ALAMAT EMEL ATAU NO TELEFON YANG BETUL.
“Janji dengan aku, kau takkan tinggalkan aku walaupun apa yang terjadi.” – Khairi Huzaifah.
Mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Biarpun hidup mereka hidup serba kekurangan, tetapi setiap saat adalah anugerah terindah buat mereka.
Namun kehadiran pelangi dalam pernikahan itu hanyalah seketika. Puan Maria, ibu Tasha tidak reda dengan perkahwinan itu. Dia berazam membawa Tasha pergi dari hidup Khairi. Dia tidak percaya anak yang ditatang bagai minyak yang penuh terpaksa hidup dalam kemiskinan. Dia tidak mahu menerima seorang pengawal keselamatan sebagai menantunya!
“I tak burukkan rumah tangga you. I cuma nak selamatkan you daripada lelaki tak guna tu. You tahukan macam mana sikap I. I takkan tuduh kalau tak ada bukti.” – Puan Maria
Apabila bukti di depan mata, hati Tasha tercalar. Kesetiaan Tasha dikhianati oleh si suami. Jiwanya hancur melihat kecurangan Khairi.
‘Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa harus memilih jalan ini? Saya… kecewa dengan awak. Awak khianati cinta saya.’ – Natasha Arabella
Khairi cuba mempertahankan hubungan mereka dari kecundang. Bertahankah Khairi apabila egonya terus-terusan dipijak oleh keluarga Tasha? Setiap kali dirinya dimaki, dihina dan dicaci.
“Kau tu lelaki tak ada masa depan! Ada hati nak bahagiakan anak aku! Kau cermin dulu diri kau sebelum berdiri dengan Tasha! Sudah miskin, tak tahu malu!” – Puan Maria
Mampukah Khairi mengembalikan kepercayaan Tasha? Apakah wanita itu sudah tawar hati? Mengapa Puan Maria tegar memisahkan mereka berdua?
Buy Now