EBOOK INI TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIKONGSI , DIJUAL SEMULA, ATAU DIEDAR TANPA KEBENARAN PENERBIT.
48 JAM PENGHANTARAN FILE
PDF SAHAJA
PASTIKAN ALAMAT EMEL ATAU NO TELEFON YANG BETUL.
28K words (300 pages)
BLURB
NUR ARAYANA, diperangkap oleh Malek, lelaki yang dianggapnya sebagai abang pada usia 16 tahun.
“Tak... Orang tak tidur dengan Abang Malek.”
Tapi, siapa yang percaya dengan kata-kata Ara? Keluarga sendiri pun tidak yakin dengan kata-katanya! Dan kerana dia masih mentah, Ara tidak punya pilihan lain selain berkahwin dengan Malek Darren Ng. Malek, lelaki yang memiliki aura hitam. Kerana kepentingan peribadi, dia mempergunakan adik kepada kawannya sendiri.
Namun bukan Ara yang dia mahukan, tapi sebuah kebebasan! Lima tahun meninggalkan Ara, pertemuan semula mereka berdua sewaktu Ara menyambung pelajaran di UKM membuatkan Malek Kembali teruja.
Tetapi pada Ara, dia jelik melihat perempuan di sekeliling pinggang suaminya. Menyaksikan drama cinta Malek dengan perempuan berambut ungu hampir membuatkan Ara terasa tidak betah.
“But, baby... I love you! I truly love you. I cantik, kan? Apa yang kurangnya pada I?” - Perempuan berambut ungu.
Malek mula mengejar Ara. Mengganggu hidup Ara adalah nikmat baginya. Dan Ara pula, semakin rimas menerima ugutan dan paksaan dari Malek. “Kau duduk. Aku nak cakap sesuatu.” – Malek
“Aku kat bawah. Kalau kau tak keluar, aku naik ke atas.” – Malek
“Semua orang akan tahu kau tu isteri aku.” – Malek “Umur kau berapa?” – Malek
“Memang tak layak. Awak tu dah lah playboy. Perempuan keliling pinggang.” – Ara
Dengan keupayaan Malek, Ara tidak dapat mengelak daripada tinggal bersama dengan lelaki itu. Namun Ara tidak mengalah dengan mudah. Dia mencipta perjanjian agar satu hari nanti Malek bakal melepaskannya.
Tatkala Malek sudah separuh mati menyayangi Ara, namun hati gadis itu tetap seperti besi. Lima tahun Ara menyimpan dendam terhadapnya. Lantas, Ara menggunakan setiap peluang yang ada untuk lari dari genggaman lelaki itu.
“I hate you, Malek. I hate you...” – Ara
“You are too much...” Malek menggelengkan kepala. Tangannya dijatuhkan ke sisi. Adakah Malek rela melepaskan Ara yang tidak pernah berputus asa untuk sebuah kebebasan yang dimahukannya?
Pembeli eBook tidak dibenarkan sama sekali untuk DIKONGSI, DIUBAHSUAI atau MENJUAL SEMULA ebook ini kepada mana-mana pihak TANPA persetujuan daripada saya sebagai penerbit. Jika perkara ini terjadi, anda akan dikenakan tindakan undang-undang kerana menyalahi AKTA HAK CIPTA (1987) KERAJAAN MALAYSIA DAN SEMUA PERATURAN HAK CIPTA ANTARABANGSA.